"What I've learn today are my lesson for tomorrow"
Thursday, 13 December 2012
Wednesday, 12 December 2012
13.12.2012
Assalamualaikum seluruh penghuni alam yg sejahtera,
rasa da lama sangat tak update blog.. huhu..
apa pun, skrg tgh persiapkan diri mental rohani & jasmani utk final exam..
final exam just around the corner (30.12.2012 - 6.1.2013)
sampai 2 tahun exam, kan.. hehe
really worry about it..
sama-sama kita berdoa agar dipermudah apa yg sulit..
tiada yg mustahil dalam hidup untuk kita berjaya..
dalam azan pun ada menyeru,"marilah kita menuju kejayaan" kan?
Doa + istiqamah + usaha ..
"Semoga semua urusan dipermudahkan oleh-Nya"
Aamiinn...

3.30 pm
13/12/2012
Terengganu Darul Iman
Tuesday, 5 June 2012
Manisnya Air Mata
"saat air mata menitis,
saat hati meronta kesedihan..."
Ya Allah,saat air mata mengalir di wajahku,
sempat aku merasa...
terdetik di hati....
"manisnya air mata ini" (walau sekadar utk sedapkan hati yg berduka)
yg penting, Allah sayangkan kita...
sebab tu Dia bagi kita ujian sehebat begini
setiap yg berlaku ada kebaikannya.
ujian ini suatu kekuatan buat aku...
semoga aku lebih tabah dan kuat meniti hari mendatang
dengan penuh kesabaran..
terima kasih buat dia yg telah membuat aku menangis,
biarkan aku menangis sendirian (cuba utk sembunyikan mata skrg ni)
semoga aku lebih fokus kepada final exam ni...
(10.6.2012-18. 6.2012)
Allia kuat! Allia boleh!
ya! saya boleh!
senyum :)
I will survive!!

8.53 pm
5/6/2012
Mutiara Kata
"hati perempuan memang halus, hanya lelaki sejati yang mampu menjadi penawar"
# suka quote ni .
Semoga aku akan dipertemukan dengan penawarku suatu hari nanti. Insya'Allah, dengan izin dan redha- Mu ya Allah.
Sunday, 27 May 2012
SAAT HATI MULAI RAPUH
minggu ini,
aku rasa resah & tension sangat..
menangis dah..semua dah...
tapi tiada seorang pun yg tahu kenapa...
mata bengkakku dpt aku sembunyikan dr org lain, even roomate sendiri tak tahu n x perasan...
hati menangis, mulut tersenyum...
aku sedih sgt...
muka aku pun menampakkan pe yg telah aku zahirkan dari hati..
hmm...
ntah la...
sbb tension jgk,aku deactive fb aku..
org2 sekeliling yg tegur aku pun,aku buat x tau je...
aku tak pernah cerita pd sesiapa pun,pe yg aku rasa...masalah aku...suka duka aku,
sebab aku tak percaya pd org...
banyak pengalaman yg selama ini telah mengajar aku utk menjadi seorang yg kurang percaya pd org...
even sampai sekarang pun, aku mungkin ramai kawan...tp xde siapa lg yg mampu utk menjadi sahabat aku.
aku mungkin arif dalam menasihati orang lain,
tapi aku gagal dalam menasihati diri aku sendiri.
Dan sebenarnya bila aku menangis,
aku perlukan bahu utk aku sandarkan...
perlukan seseorang utk mengusap air mata,
perlukan seseorang utk memahami aku.
tapi sekarang,yang aku tahu
bila aku sedih... hanya ALLAH !
ya, hanya Dia tempat aku luahkan segalanya..
sometimes,i just try to smile n pretend fine/okay when i'm must lie to myself...
aku terhimpit dgn dilema diri aku sendiri...
aku harap...semuanya berakhir dgn kesudahan yg baik...
berserah kpd takdir...Qada' dan Qadar....
perancangan ALLAH pastinya yg terbaik buat aku!
saat hatiku mulai rapuh...
hanya solat n al-Quran tempat hamba yg hina ini....
org2 sekelilingku, tiada seorang pun yg tahu....
yg pasti...masalah ku,hanya aku sorang je pendam sendiri...
"Ya Allah, kuatkan semangat hamba-Mu ini...berikan aku kekuatan n ketabahan hati.."
Amin....

10.21 pm
27/5/2012
Kuala Terengganu
Friday, 9 March 2012
Pengalaman 9/3/2012
Pengalaman jalan-jalan hari ini. Wah,teruja sangat plan nak jalan-jalan (kat Terengganu) ni. hehe..
Kuala Terengganu -- Dungun -- Kemaman (Mesra Mall) -- Marang -- Kuala Terengganu
9 pagi --- 9 malam
Plan asal nya nak g kenduri (jemputan kahwin) kawan kepada kakak-kakak senior, ada la dalam 8 orang, 2 kereta, konvoi bersama (drift sekali) Pada asalnya 3 kereta, tapi lagi 1 tu terus lesap..huhu...pedulikan tentang mereka...! lepas tu g singgah Mesra Mall , dalam perjalanan tu ternampak pulak dengan 'M'..apa lagi,jiwa remaja memang suka 'Pandu Laju' ni.. singgah sat, order McFlurry Oreo 3, kereta yg lagi 1 pun order benda yg sama! waa...Kami pun singgah sat tepi jalan untuk menikmati McFlurry Oreo kami yg sedap tu..nyam nyam...
Perjalanan diteruskan dengan pemanduan yang sangat berhemah (drift) oleh saya! Untuk menuju ke Mesra Mall. Tercari-cari kedai Big Apple, and at last jumpa! Big Apple punca bau yang sangat menggoda nafsu makan kami. nyam nyam...Setelah 2 jam cuci mata, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Terengganu yang dikasihi. Opss, singgah ke Marang dulu...pergi makang-makang ikan bakar, kerang bakar cicah dengan air asam...sedapp nyaa....nyam nyam...
Then, kami teruskan perjalanan tapi sebelum lupa kami singgah sat di masjid terapung
(agak terkenal di Terengganu) ni untuk menunaikan kewajipan kami.
Seterusnya kami meneruskan perjalanan dengan pelbagai kisah suka duka lagi yang mungkin terlalu panjang untuk diceritakan dan dikongsikan bersama.
Apa-apa pun, seronok sangat hari ni dan pengalaman ini adalah suatu pengalaman yang indah bersama dengan orang yang terindah juga. Tiada apa yang membataskan ukhwah persaudaraan antara sesama kita. Moga kenangan ini akan terus mekar subur di lukisan minda kita.
"Ana uhibbuki fillah abadan-abada"
( kak Amnah, kak Elly, kak Ida, kak Yuni, kak Yan, kak Zakiah, kak Bibi )
11.40 pm
9/3/2012
Thursday, 8 March 2012
Sedekah
Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah ( di jalan Allah ) sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.
surah Al- Baqarah, ayat 254
Dalam masyarakat kita kini, sedekah bukanlah sesuatu yang asing. Sebagaimana yang kita tahu, senyum juga adalah suatu sedekah. Perkara yang mudah dilakukan, namun ada juga yang sukar untuk 'bersedekah' dengan cara itu tetapi tahukah kita bahawa membuang sebarang halangan di jalan juga adalah sedekah. Ia kerana membuang sesuatu yang menghalang orang lain untuk melaluinya merupakan sesuatu perkara yang memudahkan orang lain (meringankan beban) dan manfaatnya untuk kesejahteraan bersama!
Cuba bayangkan jika kita mengalihkan sebarang halangan seperti kayu,paku dan sebagainya yang menghalang orang lain untuk melaluinya. Sudah tentu dapat memudahkan urusan orang lain,bukan?
Antara lain, sedekah wang juga merupakan sedekah.
"Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api" ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Dalam amalan bersedekah ini, kita perlu melakukannya dengan hati yang ikhlas tanpa sebarang rungutan atau keluhan dan sebarang balasan. Melakukannya ikhlas kerana Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah sahaja.
Sebenarnya sedekah bukan sahaja berbentuk kebendaan. Bagi mereka yang tidak berkemampuan atau tiada harta, Allah mengkehendaki mereka menyumbangkan usaha dan doa. Doa juga merupakan suatu 'sedekah' buat seorang insan kepada insan yang lain.
Usaha termasuklah menjadi sukarelawan, daya upaya, ikhtiar, melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu usaha yang disumbangkan dan memanfaatkan mereka yang layak menerima sedekah. Walaupun hanya sekadar doa dan senyuman. Ketahuilah, 'Senyum itu adalah sedekah' (maksud hadis).
Andai ini takdirnya
Ya Allah,
andai lamaran dia ikhlas buatku
Kau berilah aku petunjuk-Mu,
andai dia benar jodohku
Kau tunjukkanlah aku jalan yang mudah
aku tak mahu keliru,
andai dia untukku
Kau berilah aku ruang
berilah aku jawapannya
Ya Allah,
seandainya dia untukku
dekatkanlah hati kami
jauhkanlah segala halangan untuk kami bersama
dengan ikatan yang suci dan halal kelak
tetapkanlah hati kami
jangan Kau sematkan rasa lalai dan leka
untuk kami
agar tidak kami hanyut dibuai perasaan cinta
yang belum halal buatku
aku bersyukur
ke hadrat-Mu
hanya Engkau yang memahami dan mengetahui segala
yang tidak mampu aku ketahui
aku berserah hanya kepada-Mu
aku redha apa jua ketentuan-Mu, ya Allah
Amin....
1.32 a.m
9/3/2012
Diari hati ALLIA
Sejak kebelakangan ini, saya rasa bahagia sangat. Saya pun tak tahu bila dan macam mana sebenarnya perasaan itu hadir. Betul la kata orang, kalau kita bahagia kita akan rasa macam 1 dunia ni kita yang punya. Alhamdulilah, semua yang berlaku di sekeliling saya minggu ni membuatkan saya sangat gembira. Saya bahagia ada kawan-kawan, kakak-kakak senior ( kak Elly, kak Yuni, kak Amnah, kak Ida, kak Bibi, kak Zakiah, kak Yan dan kak Ain ).
"Aku panjatkan rasa syukur ke hadrat-Mu ya Allah agar aku dapat merasai nikmat bahagia ini tanpa rasa leka terhadap-Mu. Moga rasa yang telah kau hadirkan ini kepadaku memberi makna yang berpanjangan buatku. Kini aku mudah senyum dan sentiasa tersenyum, tertawa dan terus tertawa di samping mereka yang teristimewa buatku!"
* senyum tanda kita syukur. Semoga kita akan tergolong dalam orang-orang yang bersyukur!
Sunday, 4 March 2012
Jodoh Kita
Tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu, ia akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata.
Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan Dia, bukan dengan merayu kasih pada si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah. Bersabarlah. Janji Allah itu pasti !

Kesempatan itu
Andai diberi kesempatan,
aku mahu hadir di setiap ruang rindumu
menemani kamu kala sepiku
Andai diberi kesempatan,
bisakah aku selalu mendampingimu
pada hari-hari esok dan selamanya
Andai diberi kesempatan,
aku ingin selalu hadir dalam fikiranmu
apakah aku bisa menemanimu
Andai diberi kesempatan,
aku mahu hidup untuk lama lagi
namun,aku berserah pada takdir Tuhan
Takdir cinta tak akan mampu melebihi segalanya,
andai diri tidak berdaya memberi jawapan
pada persoalan yang kau berikan,
maafkan diri ini andai tidak mampu menunaikan hasratku....
untuk esok hari.

Subscribe to:
Comments (Atom)