Andai diberi kesempatan,
aku mahu hadir di setiap ruang rindumu
menemani kamu kala sepiku
Andai diberi kesempatan,
bisakah aku selalu mendampingimu
pada hari-hari esok dan selamanya
Andai diberi kesempatan,
aku ingin selalu hadir dalam fikiranmu
apakah aku bisa menemanimu
Andai diberi kesempatan,
aku mahu hidup untuk lama lagi
namun,aku berserah pada takdir Tuhan
Takdir cinta tak akan mampu melebihi segalanya,
andai diri tidak berdaya memberi jawapan
pada persoalan yang kau berikan,
maafkan diri ini andai tidak mampu menunaikan hasratku....
untuk esok hari.
No comments:
Post a Comment