Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah ( di jalan Allah ) sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.
surah Al- Baqarah, ayat 254
Dalam masyarakat kita kini, sedekah bukanlah sesuatu yang asing. Sebagaimana yang kita tahu, senyum juga adalah suatu sedekah. Perkara yang mudah dilakukan, namun ada juga yang sukar untuk 'bersedekah' dengan cara itu tetapi tahukah kita bahawa membuang sebarang halangan di jalan juga adalah sedekah. Ia kerana membuang sesuatu yang menghalang orang lain untuk melaluinya merupakan sesuatu perkara yang memudahkan orang lain (meringankan beban) dan manfaatnya untuk kesejahteraan bersama!
Cuba bayangkan jika kita mengalihkan sebarang halangan seperti kayu,paku dan sebagainya yang menghalang orang lain untuk melaluinya. Sudah tentu dapat memudahkan urusan orang lain,bukan?
Antara lain, sedekah wang juga merupakan sedekah.
"Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api" ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Dalam amalan bersedekah ini, kita perlu melakukannya dengan hati yang ikhlas tanpa sebarang rungutan atau keluhan dan sebarang balasan. Melakukannya ikhlas kerana Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah sahaja.
Sebenarnya sedekah bukan sahaja berbentuk kebendaan. Bagi mereka yang tidak berkemampuan atau tiada harta, Allah mengkehendaki mereka menyumbangkan usaha dan doa. Doa juga merupakan suatu 'sedekah' buat seorang insan kepada insan yang lain.
Usaha termasuklah menjadi sukarelawan, daya upaya, ikhtiar, melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu usaha yang disumbangkan dan memanfaatkan mereka yang layak menerima sedekah. Walaupun hanya sekadar doa dan senyuman. Ketahuilah, 'Senyum itu adalah sedekah' (maksud hadis).
No comments:
Post a Comment