Ya Allah,
andai lamaran dia ikhlas buatku
Kau berilah aku petunjuk-Mu,
andai dia benar jodohku
Kau tunjukkanlah aku jalan yang mudah
aku tak mahu keliru,
andai dia untukku
Kau berilah aku ruang
berilah aku jawapannya
Ya Allah,
seandainya dia untukku
dekatkanlah hati kami
jauhkanlah segala halangan untuk kami bersama
dengan ikatan yang suci dan halal kelak
tetapkanlah hati kami
jangan Kau sematkan rasa lalai dan leka
untuk kami
agar tidak kami hanyut dibuai perasaan cinta
yang belum halal buatku
aku bersyukur
ke hadrat-Mu
hanya Engkau yang memahami dan mengetahui segala
yang tidak mampu aku ketahui
aku berserah hanya kepada-Mu
aku redha apa jua ketentuan-Mu, ya Allah
Amin....
1.32 a.m
9/3/2012
No comments:
Post a Comment