Pengalaman jalan-jalan hari ini. Wah,teruja sangat plan nak jalan-jalan (kat Terengganu) ni. hehe..
Kuala Terengganu -- Dungun -- Kemaman (Mesra Mall) -- Marang -- Kuala Terengganu
9 pagi --- 9 malam
Plan asal nya nak g kenduri (jemputan kahwin) kawan kepada kakak-kakak senior, ada la dalam 8 orang, 2 kereta, konvoi bersama (drift sekali) Pada asalnya 3 kereta, tapi lagi 1 tu terus lesap..huhu...pedulikan tentang mereka...! lepas tu g singgah Mesra Mall , dalam perjalanan tu ternampak pulak dengan 'M'..apa lagi,jiwa remaja memang suka 'Pandu Laju' ni.. singgah sat, order McFlurry Oreo 3, kereta yg lagi 1 pun order benda yg sama! waa...Kami pun singgah sat tepi jalan untuk menikmati McFlurry Oreo kami yg sedap tu..nyam nyam...
Perjalanan diteruskan dengan pemanduan yang sangat berhemah (drift) oleh saya! Untuk menuju ke Mesra Mall. Tercari-cari kedai Big Apple, and at last jumpa! Big Apple punca bau yang sangat menggoda nafsu makan kami. nyam nyam...Setelah 2 jam cuci mata, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Terengganu yang dikasihi. Opss, singgah ke Marang dulu...pergi makang-makang ikan bakar, kerang bakar cicah dengan air asam...sedapp nyaa....nyam nyam...
Then, kami teruskan perjalanan tapi sebelum lupa kami singgah sat di masjid terapung
(agak terkenal di Terengganu) ni untuk menunaikan kewajipan kami.
Seterusnya kami meneruskan perjalanan dengan pelbagai kisah suka duka lagi yang mungkin terlalu panjang untuk diceritakan dan dikongsikan bersama.
Apa-apa pun, seronok sangat hari ni dan pengalaman ini adalah suatu pengalaman yang indah bersama dengan orang yang terindah juga. Tiada apa yang membataskan ukhwah persaudaraan antara sesama kita. Moga kenangan ini akan terus mekar subur di lukisan minda kita.
"Ana uhibbuki fillah abadan-abada"
( kak Amnah, kak Elly, kak Ida, kak Yuni, kak Yan, kak Zakiah, kak Bibi )
11.40 pm
9/3/2012
